Selamat Datang ke Laman Pendidikan

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, memanfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari.

Sekapur Sireh




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan rendah diri, saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya melakukan kata-kata pembuka bicara di dalam Laman Pendidikan ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Laman Pendidikan ini. Terutama sekali kepada Pn. Nor Majidah binti Ab Majid yang sedaya upaya memberi kata semangat dalam menjayakan Laman Pendidikan ini.

Akhir bicara, semoga Laman Pendidikan ini akan menjadi dorongan kepada saya iaitu sebagai Pembangunan Perisian untuk mencari pengalaman dan seterusnya pengalaman itu akan saya serapkan pada pelapis-pelapis muda saya nanti. Sekian, terima kasih.