Selamat Datang ke Laman Pendidikan

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, memanfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari.

Bab 2: Arah


2.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:
  • Menentukan arah mengikut lapan arah mata angin utama dengan berpandukan kompas.
  • Melukis lapan arah mata angin dengan berpandukan kompas.
  • Menjelaskan arah mengikut lapan arah mata angin dengan menggunakan kompas dari titik rujukan dalam peta lakar dan di kawasan sekolah.

2.2 MEMAHAMI LAPAN ARAH MATA ANGIN UTAMA
  • Arah ialah kedudukan satu titik dari titik yang lain. 
  • Setiap peta mesti mempunyai tanda arah untuk menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat dari tempat yang lain.
  • Arah mata angin yang utama ialah.
    • Utara
    • Timur
    • Selatan
    • Barat
  • Keempat-empat mata angin utama boleh dipecahkan kepada empat mata angin perantaraan iaitu:
    • Timur Laut ialah antara Utara dengan Timur.
    • Tenggara ialah antara Timur dengan Selatan.
    • Barat Daya ialah antara Selatan dengan Barat.
    • Barat Laut ialah antara Barat dengan Utara.
  • Anda dapat menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari dengan cara berdiri dan depakan tangan kanan ke arah matahari terbit dan tangan kiri ke arah matahari terbenam.
  • Anda sekarang menghadap arah utara dan membelakangkan arah selatan. Tangan kiri anda menunjukkan arah Barat sementara tangan kanan anda menunjukkan arah Timur.
  • Walaubagaimanapun. anda dapat menentukan kelapan-lapan arah mata angin ini dengan lebih mudah dan tepat dengan menggunakan kompas.

2.3 MENJELASKAN ARAH DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS

Apakah Kompas?
  • Kompas menggunakan tarikan magnet bumi.
  • Terdapat arah mata angin di permukaan kompas (16 arah).
  • Terdapat tanda utara (U).
  • Terdapat bacaan bearing dalam nilai sudut (0*)
  • Kompas mengandungi satu jarum yang sentiasa menunjukkan arah utara-selatan.
  • Salah satu hujung jarum berwarna merah.
Bagaimana arah ditentukan di lapangan?
  • Andaikan anda hendak menentukan arah bangunan-bangunan utama di sekolah anda.
  • Cara yang perlu diikuti:
    1. Tentukan bangunan utama sekolah.
    2. Berdiri di tempat lapang di sekolah.
    3. Pusing-pusingkan kompas sehingga jarum bertanda merah menunjukkan ke arah utara (ke huruf U).
    4. Ini menunjukkan anda telah menentukan arah utara magnetik.
    5. Selepas arah utara magnetik ditentukan barulah bangunan utama ditentukan.


2.4 MENENTUKAN KEDUDUKAN DI KAWASAN SEKOLAH

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)

Keterangan Rajah:
  • Zazili dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk menentukan kedudukan pejabat, gelanggang tenis, makmal, pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik guru.
  • Guru memberi kompas sebagai panduan.
  • Marilah kita ikuti bagaimana Zazili dan rakan-rakannya melakukan tugas. (Rujuk rajah di atas)
    • Zazili berdiri di kawasan lapangan  di tengah-tengah kawasan sekolah.
    • Dia memegang kompas dan menghadap ke pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara.
    • Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada permukaan kompas, dia pun menandakan kedudukan bangunan dan tempat-tempat lain.

2.5 MENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM PETA LAKAR

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)
Arah kedudukan tempat-tempat di sekitar titik ukuran dalam rajah di atas (Bulatan Merah)
  • Sekolah terletak di sebelah utara.
  • Bukit terletak di sebelah timur.
  • Pemancar terletak di sebelah selatan.
  • Ladang getah terletak di sebelah barat.
  • Tasik terletak di sebelah timur laut.
  • Sawah padi terletak di sebelah tenggara.
  • Kilang terletak di sebelah barat daya.
  • Masjid terletak di sibelah barat laut.

2.6 RUMUSAN

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)

Bab 1: Kedudukan

(Untuk paparan lebih jelas sila klik pada imej)