2.1 OBJEKTIF
Dalam unit ini anda akan dapat:
- Menentukan arah mengikut lapan arah mata angin utama dengan berpandukan kompas.
 - Melukis lapan arah mata angin dengan berpandukan kompas.
 - Menjelaskan arah mengikut lapan arah mata angin dengan menggunakan kompas dari titik rujukan dalam peta lakar dan di kawasan sekolah.
 
2.2 MEMAHAMI LAPAN ARAH MATA ANGIN UTAMA
- Arah ialah kedudukan satu titik dari titik yang lain.
 - Setiap peta mesti mempunyai tanda arah untuk menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat dari tempat yang lain.
 - Arah mata angin yang utama ialah.
 
- Utara
 - Timur
 - Selatan
 - Barat
 
- Keempat-empat mata angin utama boleh dipecahkan kepada empat mata angin perantaraan iaitu:
 - Timur Laut ialah antara Utara dengan Timur.
 - Tenggara ialah antara Timur dengan Selatan.
 - Barat Daya ialah antara Selatan dengan Barat.
 - Barat Laut ialah antara Barat dengan Utara.
 
- Anda dapat menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari dengan cara berdiri dan depakan tangan kanan ke arah matahari terbit dan tangan kiri ke arah matahari terbenam.
 - Anda sekarang menghadap arah utara dan membelakangkan arah selatan. Tangan kiri anda menunjukkan arah Barat sementara tangan kanan anda menunjukkan arah Timur.
 - Walaubagaimanapun. anda dapat menentukan kelapan-lapan arah mata angin ini dengan lebih mudah dan tepat dengan menggunakan kompas.
 
2.3 MENJELASKAN ARAH DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS
Apakah Kompas?
- Kompas menggunakan tarikan magnet bumi.
 - Terdapat arah mata angin di permukaan kompas (16 arah).
 - Terdapat tanda utara (U).
 - Terdapat bacaan bearing dalam nilai sudut (0*)
 - Kompas mengandungi satu jarum yang sentiasa menunjukkan arah utara-selatan.
 - Salah satu hujung jarum berwarna merah.
 
Bagaimana arah ditentukan di lapangan?
- Andaikan anda hendak menentukan arah bangunan-bangunan utama di sekolah anda.
 - Cara yang perlu diikuti:
 
- Tentukan bangunan utama sekolah.
 - Berdiri di tempat lapang di sekolah.
 - Pusing-pusingkan kompas sehingga jarum bertanda merah menunjukkan ke arah utara (ke huruf U).
 - Ini menunjukkan anda telah menentukan arah utara magnetik.
 - Selepas arah utara magnetik ditentukan barulah bangunan utama ditentukan.
 
2.4 MENENTUKAN KEDUDUKAN DI KAWASAN SEKOLAH
| (Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar) | 
Keterangan Rajah:
- Zazili dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk menentukan kedudukan pejabat, gelanggang tenis, makmal, pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik guru.
 - Guru memberi kompas sebagai panduan.
 - Marilah kita ikuti bagaimana Zazili dan rakan-rakannya melakukan tugas. (Rujuk rajah di atas)
 - Zazili berdiri di kawasan lapangan di tengah-tengah kawasan sekolah.
 - Dia memegang kompas dan menghadap ke pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara.
 - Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada permukaan kompas, dia pun menandakan kedudukan bangunan dan tempat-tempat lain.
 
2.5 MENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM PETA LAKAR
(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)
| Arah kedudukan tempat-tempat di sekitar titik ukuran dalam rajah di atas (Bulatan Merah) | 
- Sekolah terletak di sebelah utara.
 - Bukit terletak di sebelah timur.
 - Pemancar terletak di sebelah selatan.
 - Ladang getah terletak di sebelah barat.
 - Tasik terletak di sebelah timur laut.
 - Sawah padi terletak di sebelah tenggara.
 - Kilang terletak di sebelah barat daya.
 - Masjid terletak di sibelah barat laut.
 
2.6 RUMUSAN
| (Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar) | 
No comments:
Post a Comment