Selamat Datang ke Laman Pendidikan

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, memanfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari.

Katanya...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Berkurun lamanya laman blog ini tidak dikemaskini. Menjadi lumrah seorang guru di zaman millenium ini, tugas-tugas yang dipikul semakin hari semakin bertambah. Bukan sahaja menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa muda-mudi, malah guru juga berperanan dalam banyak hal. Antaranya termasuklah merekod data-data pelajar untuk dikumpulkan, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah yang memerlukan kakitangan guru-guru untuk menjayakannya dan banyak lagi. Ditambah pula dengan pengisian maklumat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang banyak dibual bicarakan isu ini antara guru-guru. 

Sekolah merupakan tempat seorang pelajar menimba ilmu. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlulah rajin berusaha menimba ilmu, rajin mengulangkaji semula pelajaran dan mencari sendiri maklumat tambahan melalui pusat-pusat tuisyen, laman-laman pendidikan di Internet dan sebagainya. Hari ini, kita lihat sudah banyak laman-laman pendidikan yang dibangunkan bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat yang dikehendaki. Ia juga sesuai digunakan para guru yang ingin mengajar secara maya seperti membuat kuiz online, nota-nota untuk dirujuk para pelajarnya dan sebagainya.

Hal ini semakin membuatkan para pelajar lebih ingin tahu dalam sesuatu perkara apabila maklumat yang dicari tidak ditemui sewajarnya. Mereka akan mencari dan terus mencari maklumat yang dikehendaki agar segala kerja-kerja sekolahnya siap untuk dihantar. Memandangkan perubahan arus pemodenan ini, ada juga segelintir para pelajar yang menyalahgunakan media sosial sebagai tempat membuang masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah. Kebijaksanaan yang mereka miliki, mereka gunakan ke arah yang tidak sihat seperti menonton video porno dan bermain video game terlalu lama di Cyber Cafe. Ini adalah satu budaya tidak sihat kepada golongan muda-mudi yang akan mencorakkan dunia ini ke arah lebih maju dan berdaya saing antara satu sama lain. Mereka perlulah diberi perhatian dan tunjuk ajar akan kepentingan ilmu dalam dunia hari ini. Masa depan kita harus ditentukan dari untung nasib kita sebagai seorang pelajar bertanggungjawab, berdedikasi dan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa.

Akhir kata, ilmu yang kita cari tidak pernah cukup. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita haruslah memupuk diri lebih berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab harian kita sebagai pelajar untuk menimba ilmu di sekolah. Bukan hanya datang mengacau rakan-rakan lain yang ingin belajar atau datang sekadar ingin membuang masa dengan menjalankan aktiviti tidak sihat seperti ponteng sekolah dan sebagainya. Memupuk sikap yang baik dalam kalangan kita hari ini hendaklah dimulakan seawal usia pelajar itu. Yakni, ketika pelajar masih bersekolah inilah yang perlu kita pupuk untuk menjadi insan berguna suatu hari nanti. 

Nukilan ini hanya sekadar memberi sinar harapan untuk para pelajar lebih bersemangat dalam meniti arus kehidupan kini. 

Bab 3: Skala dan Jarak

3.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:
  • Memahami jarak antara dua tempat boleh diukur daripada segi jauh, masa dan kos.
  • Membezakan jarak mutlak dan jarak relatif.
3.2 MEMAHAMI SKALA

  • Skala ialah ukuran yang digunakan dalam peta untuk mewakili ukuran sebenar di permukaan bumi.
  • Skala dapat ditunjukkan dalam beberapa cara di atas peta.Satu daripadanya ialah skala lurus atau skala linear.
  • Skala lurus ditunjukkan sebagai satu garis yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama mengikut unit sukatan tertentu.
  • Skala lurus terdiri daripada skala lurus mudah dan skala lurus penuh.
  • Contoh rajah skala :

3.3 MENGUKUR DENGAN MENGGUNAKAN SKALA LURUS

1 . Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Pembaris
  • Letakkan pembaris di sepanjang jarak lurus (jalan raya) antara dua titik yanghendak diukur. (Misalnya antara Pekan Damai dengan Kampung Baru).
  • Perhatikan dan tandakan jarak di antara dua titik pada kayu pembaris tersebut.
  • Letakkan kayu pembaris pada skala peta.
  • Baca jarak di antara Pekan Damai dengan Kampung Baru.
  • Kita akan dapat jarak sebenarnya dalam kilometer.

2. Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok 
  • Letakkan jangka tolok antara dua titik yang hendak diukur.
  • Tanpa mengubah kedua-dua kaki jangka tolok, pindahkan jangka tolok keskala lurus.
  • Satu daripada mata jangka tolok hendaklah diletakkan pada tanda (0).
  • Baca ukuran jarak di skala itu

3. Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Sejalur Kertas
  • Bahagikan jarak melengkung kepada bahagian-bahagian kecil yang lurus.
  • Letakkan sisi lurus kertas pada bahagian pertama yang hendak diukur.
  • Tandakan bahagian lurus itu di atas kertas dengan menggunakan pensil yangtajam.
  • Pusingkan kertas sehingga terletak di bahagian lurus yang kedua danseterusnya.
  • Letakkan sisi lurus kertas pada skala lurus dan ukur 

4. Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang
  • Letakkan satu hujung benang pada titik permulaan.
  • Tandakan kedudukan titik tersebut pada benang.
  • Letakkan benang dengan cermat mengikut lengkung garisan hingga ke titik  penghabisan dan tandakannya di atas benang.
  • Luruskan benang dan letakkannya di atas skala lurus
3.4 MEMAHAMI JARAK

  • Jarak ialah jauh di antara dua tempat. Jarak dapat diukur daripada segi jarak mutlak dan jarak relatif.
  • Jarak mutlak ialah jarak tepat dan tidak akan berubah dalam jangka masatertentu dan dinyatakan dalam unit meter atau kilometer.
  • Jarak relatif atau bandingan adalah berubah dan boleh diukur daripada segimasa dan kos.
  • Jarak sebenar di atas muka bumi boleh dilukis dalam peta dengan menggunakan skala.
Jarak Mutlak 
  • Jarak yang diukur dalam meter atau kilometer membolehkan kita mengetahuisama ada sesuatu tempat itu jauh atau dekat dari tempat yang lain.
  • Alat yang biasanya digunakan untuk mengukur jarak sebenar ialah pita ukur dan pita roda.
  • Misalnya:

Jarak Relatif 
  • Jarak juga boleh diukur dari segi masa (dalam jam dan minit) dan kos.
  • Pada umumnya, semakin jauh jarak mutlak di antara dua tempat, semakin besar jarak relatifnya (dari segi kos dan masa).
  • Contoh: Perjalanan Ke Sekolah

3.5 MENGIRA JARAK MUTLAK DAN JARAK RELATIF


3.6 RUMUSAN