Selamat Datang ke Laman Pendidikan

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, memanfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari.

Tip Pelajar Cemerlang

TIP BELAJAR 1

TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

MENGINGATI PELAJARAN “Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.” BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? “Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.” TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA


Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan. TIP MENGUAT INGATAN Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.

MENGHAFAL @ MEMAHAMI Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. “Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.” 

LANGKAH MENGULANGKAJI Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan. 

KAEDAH MEMAHAMI Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.


STUDY HARD @ STUDY SMART? 

Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’. Jangan belajar last minute. 
Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apaapa yang tidak difahami. 
TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. “Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang.” PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS “Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.
Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.” “Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan.”


PENTINGNYA STUDY GROUP 

“Di sekolah,saya ada study group sendiri.Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas.Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin,di taman,@ di pusat sumber.

“Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.” “Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami .

Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.” “Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan.” 

PERANAN NOTA 
- Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan. 
- Mengelakkan membaca buku teks yang tebal 
- Mengukuhkan kefahaman. 
- Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja. 
- Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan. 
- Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain. 
- Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain. 
- Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan peperiksaan. 

PERANAN PETA MINDA

“Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses @ peristiwa “Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @ dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.” “Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @ aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

MENGULANGKAJI

“Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai. “Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.

HARI SABTU & AHAD

Hari Sabtu & Ahad hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu.Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di sampimg itu,gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

FUNGSI ULANGKAJI 

Memantapkan ingatan
Mengukuhkan kefahaman 
Menambahkan keyakinan 
Memberi latih tubi kepada minda 
Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu Buat kerja rumah dengan cepat & jangan bermalas-malas. Banyak buat latihan Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama. Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa. Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji matapelajaran yang susah. Gerakerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.

KAEDAH MENGULANGKAJI YANG BERKESAN

GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI
• • • • • • • Membaca dengan kuat,tetapi jangan sampai mengganggu orang lain. Dapatkan sumber bacaan seperti dari sumber IT @ VCD @ Internet. Cari bahan tambahan dari majalah @ ensiklopedia. Adakan Study Group. Adakan kuiz dengan kawan-kawan. Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada gambarajah,lukisan,jadual,@ carta aliran. Bahan pelajaran dijadikan poster & tampal di dinding.

PENGURUSAN MASA

Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan.Ramai orang menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi.Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya,peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak.Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing.Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama dengan kita. 

Jadual harian adalah termasuk: 
• Membaca buku atau mengulangkaji 
• Bermain atau beriadah 
• Mnonotan televisyen 
• Menyelesaikan kerja sekolah 
• Membantu ibu & ayah 
• Menziarahi rumah kawan 

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku.Ianya perlukan disiplin yang jitu daripada kita.Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi. Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut.Berbeza kadang-kadang kita belajar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang cemerlang.Perbezaan antara individu ini adalah kualiti masa yang digunakan.Oleh sebab itu pentingnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa yang anda gunakan.

Katanya...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Berkurun lamanya laman blog ini tidak dikemaskini. Menjadi lumrah seorang guru di zaman millenium ini, tugas-tugas yang dipikul semakin hari semakin bertambah. Bukan sahaja menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa muda-mudi, malah guru juga berperanan dalam banyak hal. Antaranya termasuklah merekod data-data pelajar untuk dikumpulkan, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah yang memerlukan kakitangan guru-guru untuk menjayakannya dan banyak lagi. Ditambah pula dengan pengisian maklumat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang banyak dibual bicarakan isu ini antara guru-guru. 

Sekolah merupakan tempat seorang pelajar menimba ilmu. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlulah rajin berusaha menimba ilmu, rajin mengulangkaji semula pelajaran dan mencari sendiri maklumat tambahan melalui pusat-pusat tuisyen, laman-laman pendidikan di Internet dan sebagainya. Hari ini, kita lihat sudah banyak laman-laman pendidikan yang dibangunkan bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat yang dikehendaki. Ia juga sesuai digunakan para guru yang ingin mengajar secara maya seperti membuat kuiz online, nota-nota untuk dirujuk para pelajarnya dan sebagainya.

Hal ini semakin membuatkan para pelajar lebih ingin tahu dalam sesuatu perkara apabila maklumat yang dicari tidak ditemui sewajarnya. Mereka akan mencari dan terus mencari maklumat yang dikehendaki agar segala kerja-kerja sekolahnya siap untuk dihantar. Memandangkan perubahan arus pemodenan ini, ada juga segelintir para pelajar yang menyalahgunakan media sosial sebagai tempat membuang masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah. Kebijaksanaan yang mereka miliki, mereka gunakan ke arah yang tidak sihat seperti menonton video porno dan bermain video game terlalu lama di Cyber Cafe. Ini adalah satu budaya tidak sihat kepada golongan muda-mudi yang akan mencorakkan dunia ini ke arah lebih maju dan berdaya saing antara satu sama lain. Mereka perlulah diberi perhatian dan tunjuk ajar akan kepentingan ilmu dalam dunia hari ini. Masa depan kita harus ditentukan dari untung nasib kita sebagai seorang pelajar bertanggungjawab, berdedikasi dan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa.

Akhir kata, ilmu yang kita cari tidak pernah cukup. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita haruslah memupuk diri lebih berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab harian kita sebagai pelajar untuk menimba ilmu di sekolah. Bukan hanya datang mengacau rakan-rakan lain yang ingin belajar atau datang sekadar ingin membuang masa dengan menjalankan aktiviti tidak sihat seperti ponteng sekolah dan sebagainya. Memupuk sikap yang baik dalam kalangan kita hari ini hendaklah dimulakan seawal usia pelajar itu. Yakni, ketika pelajar masih bersekolah inilah yang perlu kita pupuk untuk menjadi insan berguna suatu hari nanti. 

Nukilan ini hanya sekadar memberi sinar harapan untuk para pelajar lebih bersemangat dalam meniti arus kehidupan kini. 

Bab 3: Skala dan Jarak

3.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:
  • Memahami jarak antara dua tempat boleh diukur daripada segi jauh, masa dan kos.
  • Membezakan jarak mutlak dan jarak relatif.
3.2 MEMAHAMI SKALA

  • Skala ialah ukuran yang digunakan dalam peta untuk mewakili ukuran sebenar di permukaan bumi.
  • Skala dapat ditunjukkan dalam beberapa cara di atas peta.Satu daripadanya ialah skala lurus atau skala linear.
  • Skala lurus ditunjukkan sebagai satu garis yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama mengikut unit sukatan tertentu.
  • Skala lurus terdiri daripada skala lurus mudah dan skala lurus penuh.
  • Contoh rajah skala :

3.3 MENGUKUR DENGAN MENGGUNAKAN SKALA LURUS

1 . Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Pembaris
  • Letakkan pembaris di sepanjang jarak lurus (jalan raya) antara dua titik yanghendak diukur. (Misalnya antara Pekan Damai dengan Kampung Baru).
  • Perhatikan dan tandakan jarak di antara dua titik pada kayu pembaris tersebut.
  • Letakkan kayu pembaris pada skala peta.
  • Baca jarak di antara Pekan Damai dengan Kampung Baru.
  • Kita akan dapat jarak sebenarnya dalam kilometer.

2. Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok 
  • Letakkan jangka tolok antara dua titik yang hendak diukur.
  • Tanpa mengubah kedua-dua kaki jangka tolok, pindahkan jangka tolok keskala lurus.
  • Satu daripada mata jangka tolok hendaklah diletakkan pada tanda (0).
  • Baca ukuran jarak di skala itu

3. Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Sejalur Kertas
  • Bahagikan jarak melengkung kepada bahagian-bahagian kecil yang lurus.
  • Letakkan sisi lurus kertas pada bahagian pertama yang hendak diukur.
  • Tandakan bahagian lurus itu di atas kertas dengan menggunakan pensil yangtajam.
  • Pusingkan kertas sehingga terletak di bahagian lurus yang kedua danseterusnya.
  • Letakkan sisi lurus kertas pada skala lurus dan ukur 

4. Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang
  • Letakkan satu hujung benang pada titik permulaan.
  • Tandakan kedudukan titik tersebut pada benang.
  • Letakkan benang dengan cermat mengikut lengkung garisan hingga ke titik  penghabisan dan tandakannya di atas benang.
  • Luruskan benang dan letakkannya di atas skala lurus
3.4 MEMAHAMI JARAK

  • Jarak ialah jauh di antara dua tempat. Jarak dapat diukur daripada segi jarak mutlak dan jarak relatif.
  • Jarak mutlak ialah jarak tepat dan tidak akan berubah dalam jangka masatertentu dan dinyatakan dalam unit meter atau kilometer.
  • Jarak relatif atau bandingan adalah berubah dan boleh diukur daripada segimasa dan kos.
  • Jarak sebenar di atas muka bumi boleh dilukis dalam peta dengan menggunakan skala.
Jarak Mutlak 
  • Jarak yang diukur dalam meter atau kilometer membolehkan kita mengetahuisama ada sesuatu tempat itu jauh atau dekat dari tempat yang lain.
  • Alat yang biasanya digunakan untuk mengukur jarak sebenar ialah pita ukur dan pita roda.
  • Misalnya:

Jarak Relatif 
  • Jarak juga boleh diukur dari segi masa (dalam jam dan minit) dan kos.
  • Pada umumnya, semakin jauh jarak mutlak di antara dua tempat, semakin besar jarak relatifnya (dari segi kos dan masa).
  • Contoh: Perjalanan Ke Sekolah

3.5 MENGIRA JARAK MUTLAK DAN JARAK RELATIF


3.6 RUMUSAN





Bab 2: Arah


2.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:
  • Menentukan arah mengikut lapan arah mata angin utama dengan berpandukan kompas.
  • Melukis lapan arah mata angin dengan berpandukan kompas.
  • Menjelaskan arah mengikut lapan arah mata angin dengan menggunakan kompas dari titik rujukan dalam peta lakar dan di kawasan sekolah.

2.2 MEMAHAMI LAPAN ARAH MATA ANGIN UTAMA
  • Arah ialah kedudukan satu titik dari titik yang lain. 
  • Setiap peta mesti mempunyai tanda arah untuk menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat dari tempat yang lain.
  • Arah mata angin yang utama ialah.
    • Utara
    • Timur
    • Selatan
    • Barat
  • Keempat-empat mata angin utama boleh dipecahkan kepada empat mata angin perantaraan iaitu:
    • Timur Laut ialah antara Utara dengan Timur.
    • Tenggara ialah antara Timur dengan Selatan.
    • Barat Daya ialah antara Selatan dengan Barat.
    • Barat Laut ialah antara Barat dengan Utara.
  • Anda dapat menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari dengan cara berdiri dan depakan tangan kanan ke arah matahari terbit dan tangan kiri ke arah matahari terbenam.
  • Anda sekarang menghadap arah utara dan membelakangkan arah selatan. Tangan kiri anda menunjukkan arah Barat sementara tangan kanan anda menunjukkan arah Timur.
  • Walaubagaimanapun. anda dapat menentukan kelapan-lapan arah mata angin ini dengan lebih mudah dan tepat dengan menggunakan kompas.

2.3 MENJELASKAN ARAH DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS

Apakah Kompas?
  • Kompas menggunakan tarikan magnet bumi.
  • Terdapat arah mata angin di permukaan kompas (16 arah).
  • Terdapat tanda utara (U).
  • Terdapat bacaan bearing dalam nilai sudut (0*)
  • Kompas mengandungi satu jarum yang sentiasa menunjukkan arah utara-selatan.
  • Salah satu hujung jarum berwarna merah.
Bagaimana arah ditentukan di lapangan?
  • Andaikan anda hendak menentukan arah bangunan-bangunan utama di sekolah anda.
  • Cara yang perlu diikuti:
    1. Tentukan bangunan utama sekolah.
    2. Berdiri di tempat lapang di sekolah.
    3. Pusing-pusingkan kompas sehingga jarum bertanda merah menunjukkan ke arah utara (ke huruf U).
    4. Ini menunjukkan anda telah menentukan arah utara magnetik.
    5. Selepas arah utara magnetik ditentukan barulah bangunan utama ditentukan.


2.4 MENENTUKAN KEDUDUKAN DI KAWASAN SEKOLAH

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)

Keterangan Rajah:
  • Zazili dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk menentukan kedudukan pejabat, gelanggang tenis, makmal, pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik guru.
  • Guru memberi kompas sebagai panduan.
  • Marilah kita ikuti bagaimana Zazili dan rakan-rakannya melakukan tugas. (Rujuk rajah di atas)
    • Zazili berdiri di kawasan lapangan  di tengah-tengah kawasan sekolah.
    • Dia memegang kompas dan menghadap ke pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara.
    • Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada permukaan kompas, dia pun menandakan kedudukan bangunan dan tempat-tempat lain.

2.5 MENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM PETA LAKAR

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)
Arah kedudukan tempat-tempat di sekitar titik ukuran dalam rajah di atas (Bulatan Merah)
  • Sekolah terletak di sebelah utara.
  • Bukit terletak di sebelah timur.
  • Pemancar terletak di sebelah selatan.
  • Ladang getah terletak di sebelah barat.
  • Tasik terletak di sebelah timur laut.
  • Sawah padi terletak di sebelah tenggara.
  • Kilang terletak di sebelah barat daya.
  • Masjid terletak di sibelah barat laut.

2.6 RUMUSAN

(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)

Bab 1: Kedudukan

(Untuk paparan lebih jelas sila klik pada imej)